Blogger Templates

Sunday, May 8, 2011

Jauhi hasat dengki terhadap kesenangan orang lain.

Dengki atau iri hati adalah perasaan tidak rela atau tidak suka melihat orang lain mendapat kesenangan, kebaikan atau kenikmatan. Ketika dalam diri manusia telah tertanam sifat dengki, ia akan menghalalkan segala cara untuk menghancurkan orang yang ia dengki.

Ia tidak senang melihat orang lain berjaya, bijak, hidup bahagia, dan lebih kaya darinya. Sikap seperti ini akan menghapus segala bentuk kebaikan yang selama ini diperolehi. Perbuatan baiknya akan sia-sia kerana dalam dirinya terdapat sifat iri hati.

Takabur, tamak, dan hasad merupakan tiga perangai buruk yang menyebabkan seseorang melakukan tindakan yang tidak terpuji. Kerana itu, Rasulullah S.A.W selalu mengingatkan kepada kita untuk menjauhi tiga hal yang menyebabkan manusia terjerumus dalam tipu daya syaitan.

Perlu diingatkan bahawa, semakin tinggi kedudukan kita didunia semakin rendahlah hati kita pada Allah. Semakin tinggi darjat kita didunia, maka semakin dekatlah diri kita pada Allah. Jauhi hati dari sifat yang dimurkai Allah, berusahalah untuk mendekatkan hati pada hidayah dan rahmat Allah. Jangan sia-siakan kehidupan kita didunia yang sementara ini, kita mampu mengubahnya.

Allah Ta'ala berfirman (di dalam Hadis Qudsi): “Kesombongan adalah selendangKu dan kebesaran adalah sarungKu. Maka barang siapa menyamai-Ku salah satu dari keduanya, maka pasti Kulemparkan ia ke dalam Jahannam dan tidak akan Kupedulikan lagi."

Wallahua’lam.

No comments: